Monday, 27 July 2015

Millwall Bushwackers


Terrace Gentlemen akan mengupas serba sedikit tentang firm bolasepak yang mempunyai reputasi yang menakutkan di England. Tiada kedudukan teratas atau terbawah kerana setiap firm mempunyai sejarah tersendiri. Kita bermula dengan The Bushwackers yang kukuh berdekad dibelakang Millwall FC..

"logo terbaru The Bushwackers"

“No One Likes Us, We Don’t Care”

Walaupun mereka tidak memiliki pasukan yang bermain di Liga Perdana Inggeris, tetapi kredibiliti firm mereka adalah antara yang paling menakutkan di England. Dengan chant rasmi mereka “no one likes us, we don’t care”, nama The Bushwackers sangatlah ditakuti khususnya pada era kegemilangan mereka, 70an dan 80an. Home mereka, The Den adalah antara stadium neraka buat semua firm lain di England khususnya buat seteru terkeras mereka, Inter City Firm. Kedua – dua firm berjiran ini merupakan seteru sejak seawal 1906. Yup, semenjak 1906 dan permusuhan ini terus berdarah setiap kali mereka bertemu. Siapa pernah lupa peperangan terakhir mereka di Upton Park pada pertemuan untuk Piala F.A pada tahun 2009 bukan? 

"antara kejadian penting dalam sejarah bolasepak moden England"

Upton Park 2009

Dalam pertempuran bersejarah yang membabitkan West Ham vs Millwall itu, sebanyak 20 hooligan yang bertempur tercedera dengan salah seorang daripada Buschwackers ditikam dan dikejarkan ke hospital. 50 fans West Ham membuat pitch invasion dan perlawanan hamper dibatalkan sebanyak 3 kali kerana mereka bertempur hampir seluruh perlawanan. Pergaduhan tidak terhenti di situ sahaja, sebaik wisel penamat dibunyikan, polis tidak dapat lagi mengawal peperangan derby London Timur ini. Diluar stadium, aksi tumbuk – menumbuk merata – rata. Walaupun kedua – dua kelab di sabitkan dengan kesalahan oleh F.A England, namun hanya West Ham yang didenda sehingga 115,000 Pound Sterling atas alasan gagal mengawal penonton.





Rata – rata football hooliganisme telah pun hampir pupus dengan kawalan cctv yang semakin ketat dan teknologi polis yang semakin efektif. Akan tetapi peperangan malam itu adalah seperti titik kembalinya ‘England Disease’ ini adalah kerana kecenderungan dan pengaruh dari movie yang mencecah box – office di seluruh dunia, Green Street Hooligans (2005) yang menceritakan perseteruan West Ham – Millwall. 



Kenilworth Road 1985

Kenilworth Road adalah home untuk Luton Town. Kejadian 13 March ini disifatkan antara moment bersejarah untuk sejarah bolasepak England. Ianya sangat memberi kesan kepada Luton Town sehingga mereka tidak membenarkan mana- mana penyokong away datang ke Kenilworth Road selama 4 musim. Pada era kegemilangan The Bushwackers (lewat 70an sehingga sepanjang 80an), amatlah malang sekali jika kelab anda menerima kunjungan Millwall.

"belum lagi menjejak kaki di stadium, segala harta benda yang berhampiran semua di kerjakan cukup - cukup oleh The Bushwackers"

Kegilaan berlaku seawal pukul 5pm lagi (match pukul 7:45pm) dengan cermin kedai dan pubs dipecah dan dirosakkan oleh firm yang datang bertandang, The Bushwackers. Setelah tiba di dalam stadium, mereka terus merosakkan kerusi, scoreboard dan pihak polis tidak dapat berbuat apa – apa kerana jumlah mereka sangatlah ramai. Perlawanan tidak dapat diteruskan sehingga keadaan kembali terkawal, itu pun setelah dipujuk oleh manager mereka ketika itu, George Graham. Perlawan di hentikan seketika beberapa kali kerana pergaduhan terus berlaku di terrace.





Bagaikan skrip untuk filem yang sangat teruk, Millwall kalah 1-0 kepada Luton Town malam itu. The Bushwacker terus menjarah padang dan kegilaan berlaku. Semua pemain di atas padang berlari menyelamatkan diri termasuklah pemain mereka sendiri. Salah seorang daripada The Bushwackers  dapat mencekik manager Luton Town tetapi dalam pergelutan itu, Trevor Hartley dapat menyelamatkan dirinya daripada di ratah oleh hooligans yang sedang dirasuk. Pihak polis terpaksa memanggil bantuan dan keadaan dapat diselamatkan, itu pun setelah berperang ‘peluru kerusi’ (The Bushwackers mencabut kerusi di terrace dan membaling ke arah polis). Sebanyak 31 hooligans ditahan. Lebih mengejutkan, setelah disiasat, terdapat 2 firm lain yg membantu firm Luton Town malam itu. Men In Gear atau lebih popular dengan nama MIGs, sebenarnya dibantu oleh Inter City Firm dan The Headhunters kerana dendam terhadap The Bushwacker sangatlah mendalam.

"kerusi dicabut dan digunakan sebagai senjata"


Firm seterusnya yang akan kami highlight di artikel selepas ini ialah tidak lain dan tidak bukan, the famous Inter City Firm yang darah dan nyawa mereka hanyalah untuk West Ham United FC. 

Tuesday, 21 July 2015

The Leeds United Service Crew Di Ambush!



Leeds United Service Crew yg dikenali antara firm paling liar di England hari ini diserang oleh 'fans' dari kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Eugendorf, Austria.





Kira - kira 100 penyokong Eintracht Frankfurt terus menyerang mereka sejurus wisel penamat. Dalam insiden itu beberapa orang dilaporkan cedera termasuk anggota polis yang mengawal. Lebih 20 orang dari kedua - dua kelab ditahan dalam insiden itu.




Tiada sebarang insiden dilaporkan sejurus bermula perlawanan sehingga wisel penamat. Akan tetapi, pergaduhan terus meletus sebaik sahaja 'fans' Eintracht Franfurkt meluru ke arah Leeds Service Crew yang 'outnumbered'.



Kebanyakan yang tercedera ialah dari pihak Leeds United tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Leeds United sedang dalam rangka latihan di sekitar Austria sepanjang cuti musim panas ini.