Terrace
Gentlemen akan mengupas serba sedikit tentang firm bolasepak yang mempunyai reputasi yang menakutkan di England.
Tiada kedudukan teratas atau terbawah kerana setiap firm mempunyai sejarah
tersendiri. Kita bermula dengan The Bushwackers yang kukuh berdekad dibelakang
Millwall FC..
"logo terbaru The Bushwackers"
“No One
Likes Us, We Don’t Care”
Walaupun mereka tidak memiliki pasukan yang
bermain di Liga Perdana Inggeris, tetapi kredibiliti firm mereka adalah antara
yang paling menakutkan di England. Dengan chant rasmi mereka “no one likes us,
we don’t care”, nama The Bushwackers sangatlah ditakuti khususnya pada era
kegemilangan mereka, 70an dan 80an. Home mereka, The Den adalah antara stadium
neraka buat semua firm lain di England khususnya buat seteru terkeras mereka,
Inter City Firm. Kedua – dua firm berjiran ini merupakan seteru sejak seawal
1906. Yup, semenjak 1906 dan permusuhan ini terus berdarah setiap kali mereka
bertemu. Siapa pernah lupa peperangan terakhir mereka di Upton Park pada
pertemuan untuk Piala F.A pada tahun 2009 bukan?
"antara kejadian penting dalam sejarah bolasepak moden England"
Upton
Park 2009
Dalam pertempuran
bersejarah yang membabitkan West Ham vs Millwall itu, sebanyak 20 hooligan yang
bertempur tercedera dengan salah seorang daripada Buschwackers ditikam dan
dikejarkan ke hospital. 50 fans West Ham membuat pitch invasion dan perlawanan
hamper dibatalkan sebanyak 3 kali kerana mereka bertempur hampir seluruh
perlawanan. Pergaduhan tidak terhenti di situ sahaja, sebaik wisel penamat
dibunyikan, polis tidak dapat lagi mengawal peperangan derby London Timur ini.
Diluar stadium, aksi tumbuk – menumbuk merata – rata. Walaupun kedua – dua
kelab di sabitkan dengan kesalahan oleh F.A England, namun hanya West Ham yang
didenda sehingga 115,000 Pound Sterling atas alasan gagal mengawal penonton.
Rata – rata
football hooliganisme telah pun hampir pupus dengan kawalan cctv yang semakin ketat dan teknologi polis yang semakin efektif. Akan tetapi peperangan malam itu adalah seperti titik kembalinya ‘England
Disease’ ini adalah kerana kecenderungan dan pengaruh dari movie yang mencecah
box – office di seluruh dunia, Green Street Hooligans (2005) yang menceritakan
perseteruan West Ham – Millwall.
Kenilworth
Road 1985
Kenilworth
Road adalah home untuk Luton Town. Kejadian 13 March ini disifatkan antara
moment bersejarah untuk sejarah bolasepak England. Ianya sangat memberi kesan
kepada Luton Town sehingga mereka tidak membenarkan mana- mana penyokong away
datang ke Kenilworth Road selama 4 musim. Pada era kegemilangan The Bushwackers
(lewat 70an sehingga sepanjang 80an), amatlah malang sekali jika kelab anda
menerima kunjungan Millwall.
"belum lagi menjejak kaki di stadium, segala harta benda yang berhampiran semua di kerjakan cukup - cukup oleh The Bushwackers"
Kegilaan
berlaku seawal pukul 5pm lagi (match pukul 7:45pm) dengan cermin kedai dan pubs
dipecah dan dirosakkan oleh firm yang datang bertandang, The Bushwackers.
Setelah tiba di dalam stadium, mereka terus merosakkan kerusi, scoreboard dan
pihak polis tidak dapat berbuat apa – apa kerana jumlah mereka sangatlah ramai.
Perlawanan tidak dapat diteruskan sehingga keadaan kembali terkawal, itu pun
setelah dipujuk oleh manager mereka ketika itu, George Graham. Perlawan di
hentikan seketika beberapa kali kerana pergaduhan terus berlaku di terrace.
Bagaikan
skrip untuk filem yang sangat teruk, Millwall kalah 1-0 kepada Luton Town malam
itu. The Bushwacker terus menjarah padang dan kegilaan berlaku. Semua pemain di
atas padang berlari menyelamatkan diri termasuklah pemain mereka sendiri. Salah
seorang daripada The Bushwackers dapat
mencekik manager Luton Town tetapi dalam pergelutan itu, Trevor Hartley dapat
menyelamatkan dirinya daripada di ratah oleh hooligans yang sedang dirasuk.
Pihak polis terpaksa memanggil bantuan dan keadaan dapat diselamatkan, itu pun
setelah berperang ‘peluru kerusi’ (The Bushwackers mencabut kerusi di terrace
dan membaling ke arah polis). Sebanyak 31 hooligans ditahan. Lebih mengejutkan,
setelah disiasat, terdapat 2 firm lain yg membantu firm Luton Town malam itu.
Men In Gear atau lebih popular dengan nama MIGs, sebenarnya dibantu oleh Inter
City Firm dan The Headhunters kerana dendam terhadap The Bushwacker sangatlah
mendalam.
"kerusi dicabut dan digunakan sebagai senjata"
Firm seterusnya yang akan kami highlight di artikel selepas ini ialah tidak lain dan tidak bukan, the famous Inter City Firm yang darah dan nyawa mereka hanyalah untuk West Ham United FC.
nice story :)
ReplyDelete