Kami wakil The Malaysian Terrace Gentlemen berjaya menemuramah salah seorang penyokong yang berada di Stadium Merdeka sewaktu 'the infamous incident' tempoh hari. Dalam perlawanan itu, Kuala Lumpur FA kalah kepada Kuantan FA dan mungkin akan sekali lagi terjerumus ke Liga FAM. Beliau yang tidak mahu dikenali, faham tujuan penyokong tegar Kuala Lumpur FA yang bertindak sedemikian. Insiden tersebut bukanlah sekadar aksi 'pitch invasion' semata - mata. Bukan atas nama peribadi dan jauh sekali ingin menyalahkan pasukan yang bertandang.
"Stadium Merdeka on fire, someone must be a hero, while others just a liar" |
Persoalan yang mudah, siapa yang tidak faham bila penyokong mengamuk sedemikian rupa? Bila last Kuala lumpur layak ke Piala Malaysia? Jauh sekali menjuarai. Jadi, bila insiden begini berlaku, agaknya sesuatu yang telah lama mereka pendamkan. Ikuti temuramah eksklusif berikut..
Apa perasan peminat Kuala Lumpur FA buat sekian kalinya dan hampir kembali ke Liga FAM?
"Peminat confirm lah kecewa dan hampa bro. Kami tunggu nak main Liga Perdana dengan penuh semangat. Away dari Kedah sampai ke Johor, last2 bila dah main Liga Perdana, main macam taik pulak!"
Motif pitch invasion kelmarin tu ialah supaya KLFA disaman FAM, betul?
"Motif utama memang supaya KLFA disaman. Ada jugak fans yang masuk padang untuk menyerang pemain KLFA kerana prestasi yang sangat teruk"
"Pejuang sebenar maruah bolasepak Kuala Lumpur FA" |
Adakah KLFA diuruskan oleh dengan begitu teruk hingga menyebabkan kemerosotan berterusan buat skuad KLFA?
"Pengurusan tu rasanya semua dah ok, cuma ada sikit2 je yang kami x puas hati"
Ok tak puas hati dengan siapa tu? Player ke? Atau management?
"Salah satunya ialah isu bas pasukan. Player terpaksa naik teksi untuk ke stadium kerana tidak mempunyai bas sehingga kini! Sebelum liga bermula, KLFA dah janji nak menyediakan bas untuk pasukan supaya player mudah kemana mana tapi hinggalah liga dah nak habis ni, bas tersebut masih belum lagi kelihatan. Yang hanya dijaja oleh KLFA ialah gambar bas tersebut dari awal liga sehingga lah sekarang. Nak sedapkan hati penyokong je semua tu"
"ini bukan kali pertama mereka pitch invasion" |
Wow teruk sangat tu bro! Ok harapan korang untuk next season?
"Kalau KLFA masih di Liga Perdana next season, mesti lah harapan kami supaya team makin konsisten dan sedikit demi sedikit melayakkan diri ke Liga Super pulak. Tapi kalau dah turun balik ke Liga FAM ni, memang hampa lah"
Orait ada apa2 lagi yang orang bandar nak tambah?
"Saya cuma nak pesan, siapa2 yang lahir KL, I.C 14 tu berhentilah menyokong pasukan mak bapak. Dah la orang KL ni banyak support team EPL je, lepas tu kalau sokong local football, sokong pasukan lain. Kebanyakkan sokong Selangor sebab negeri jiran. Dan macam saya cakap tadi, ramai yang sokong team asal tempat lahir mak bapak. Mereka pun ada penyokong mereka sendiri, mengapa tidak menyokong tempat anda lahir?"
"Bertabahlah Kuala Lumpur, pasti suatu hari nanti kamu akan bangkit" |
Untuk nota tambahan, KLFA memerlukan kemenangan menentang Negeri Sembilan pada perlawanan terakhir liga Jumaat ini untuk tidak kembali ke Liga FAM. Negeri Sembilan pula memerlukan kemenangan di Paroi untuk layak ke play off Piala Malaysia. Such a tight game. Good luck Kuala Lumpur!
No comments:
Post a Comment