Wednesday, 19 August 2015

Stadium Merdeka On Fire!

Kami wakil The Malaysian Terrace Gentlemen berjaya menemuramah salah seorang penyokong yang berada di Stadium Merdeka sewaktu 'the infamous incident' tempoh hari. Dalam perlawanan itu, Kuala Lumpur FA kalah kepada Kuantan FA dan mungkin akan sekali lagi terjerumus ke Liga FAM. Beliau yang tidak mahu dikenali, faham tujuan penyokong tegar Kuala Lumpur FA yang bertindak sedemikian. Insiden tersebut bukanlah sekadar aksi 'pitch invasion' semata - mata. Bukan atas nama peribadi dan jauh sekali ingin menyalahkan pasukan yang bertandang. 

"Stadium Merdeka on fire, someone must be a hero, while others just a liar"

Persoalan yang mudah, siapa yang tidak faham bila penyokong mengamuk sedemikian rupa? Bila last Kuala lumpur layak ke Piala Malaysia? Jauh sekali menjuarai. Jadi, bila insiden begini berlaku, agaknya sesuatu yang telah lama mereka pendamkan. Ikuti temuramah eksklusif berikut..



Apa perasan peminat Kuala Lumpur FA buat sekian kalinya dan hampir kembali ke Liga FAM?

"Peminat confirm lah kecewa dan hampa bro. Kami tunggu nak main Liga Perdana dengan penuh semangat. Away dari Kedah sampai ke Johor, last2 bila dah main Liga Perdana, main macam taik pulak!"


Motif pitch invasion kelmarin tu ialah supaya KLFA disaman FAM, betul?

"Motif utama memang supaya KLFA disaman. Ada jugak fans yang masuk padang untuk menyerang pemain KLFA kerana prestasi yang sangat teruk"

"Pejuang sebenar maruah bolasepak Kuala Lumpur FA"


Adakah KLFA diuruskan oleh dengan begitu teruk hingga menyebabkan kemerosotan berterusan buat skuad KLFA?

"Pengurusan tu rasanya semua dah ok, cuma ada sikit2 je yang kami x puas hati"


Ok tak puas hati dengan siapa tu? Player ke? Atau management?

"Salah satunya ialah isu bas pasukan. Player terpaksa naik teksi untuk ke stadium kerana tidak mempunyai bas sehingga kini! Sebelum liga bermula, KLFA dah janji nak menyediakan bas untuk pasukan supaya player mudah kemana mana tapi hinggalah liga dah nak habis ni, bas tersebut masih belum lagi kelihatan. Yang hanya dijaja oleh KLFA ialah gambar bas tersebut dari awal liga sehingga lah sekarang. Nak sedapkan hati penyokong je semua tu"

"ini bukan kali pertama mereka pitch invasion"


Wow teruk sangat tu bro! Ok harapan korang untuk next season?

"Kalau KLFA masih di Liga Perdana next season, mesti lah harapan kami supaya team makin konsisten dan sedikit demi sedikit melayakkan diri ke Liga Super pulak. Tapi kalau dah turun balik ke Liga FAM ni, memang hampa lah"


Orait ada apa2 lagi yang orang bandar nak tambah?

"Saya cuma nak pesan, siapa2 yang lahir KL, I.C 14 tu berhentilah menyokong pasukan mak bapak. Dah la orang KL ni banyak support team EPL je, lepas tu kalau sokong local football, sokong pasukan lain. Kebanyakkan sokong Selangor sebab negeri jiran. Dan macam saya cakap tadi, ramai yang sokong team asal tempat lahir mak bapak. Mereka pun ada penyokong mereka sendiri, mengapa tidak menyokong tempat anda lahir?"

"Bertabahlah Kuala Lumpur, pasti suatu hari nanti kamu akan bangkit"

Untuk nota tambahan, KLFA memerlukan kemenangan menentang Negeri Sembilan pada perlawanan terakhir liga Jumaat ini untuk tidak kembali ke Liga FAM. Negeri Sembilan pula memerlukan kemenangan di Paroi untuk layak ke play off Piala Malaysia. Such a tight game. Good luck Kuala Lumpur!

Monday, 10 August 2015

Hooliganisme Sekarang Merebak Ke Amerika Syarikat?

Sangat mengejutkan. Dengan tiba2, hooliganisme telah bertapak di Amerika. For sure ini bukan pergaduhan biasa kerana mereka yang terlibat siap cakap pun tiru cockney slang. Dan pergaduhan terjadi sebelum perlawanan 'New York derby' (serious lah New York pun ada derby match?) yang melibatkan pasukan New York Red Bull menentang pasukan yang baru ditubuhkan, New York City Football Club.
"ni first time aku tengok crest NYCFC"


Saksi mengatakan mereka yang terlibat asyik mengulangi ayat "who are ya? who are ya?", sambil meniru slang cockney. Mereka bagaimanapun belum mencapai standard sebenar hooligans Eropah apabila asyik melempar barang2 seperti plastik sampah dan papan iklan sandwich. hanya 3 bijik penumbuk yang sempat singgah di kepala lawan mereka. Sedih.
"senjata yang digunkan sangat merbahaya. Plastik sampah. ermm.."

"Yang botak ni je nampak real sikit"

Rasanya ini dah boleh masuk dalam sejarah firms di Amerika. Tak Lama lagi confirm diorg buat filem.
"tifo NYRB mengejek team NYCFC"

Tak sabar nak tengok hooligans Amerika ni jumpa team Europe next World Cup. 

Ini sangat melucukan. Tapi sudah pun terjadi di Amerika sekarang. Seriously? Hooliganism in America?

Tuesday, 4 August 2015

Pemain Israel Lari Bertempiaran Separuh Mati Di Bulgaria


Sekumpulan penyokong kelab Bulgaria, CSKA Sofia bertindak menyerang pemain2 kelab dari Israel, FC Ashdod selepas pemain israel yang sama bertindak mengasari pemain Bulgaria berulang kali dalam satu perlawanan persahabatan. Pemain2 FC Ashdod terpaksa berlari menyelamatkan diri selepas penyokong SFKA Sofia tidak lagi dapat menahan marah mereka. Insiden berlaku selepas permainan masuk ke minit pertama waktu kecederaan. Ketika itu FC Ashdod sedang mendahului 0-1.

"Pemain2 Ashdod berjersey biru bertempiaran lari"

Lebih lawak lagi, jurulatih FC Ashdod Eyal Lahman hampir mati setelah mukanya dipukul oleh botol yang sudah pecah. Beberapa pemain yang lain turut cedera. Menurut sumber, penyokong CSKA Sofia yang menggelar diri mereka sebagai 'Sector G' memang mempunyai perancangan untuk mengganggu perlawanan itu kerana secara politikal, mereka berpihak dan menyokong perjuangan rakyat Palestin. Chant 'Viva Palestin' turut kedengaran sewaktu Sector G mengejar pemain2 FC Ashdod yang melarikan diri.

"Memang satu keajaiban bila tiada seorang pun diantara kami mati atau cedera parah" kata pengurus pasukan FC Ashdod, Rafi Nidam.

"ini lebih berkesan dari memboikot Mcd atau Starbuck"
'Sector G' memang terkenal dengan keganasan dan sifat agresif mereka di seluruh Eropah. Mereka sering dikaitkan nasionalis yang sangat extreme dan selalu mencederakan pemain dan penyokong pasukan lawan.

Monday, 27 July 2015

Millwall Bushwackers


Terrace Gentlemen akan mengupas serba sedikit tentang firm bolasepak yang mempunyai reputasi yang menakutkan di England. Tiada kedudukan teratas atau terbawah kerana setiap firm mempunyai sejarah tersendiri. Kita bermula dengan The Bushwackers yang kukuh berdekad dibelakang Millwall FC..

"logo terbaru The Bushwackers"

“No One Likes Us, We Don’t Care”

Walaupun mereka tidak memiliki pasukan yang bermain di Liga Perdana Inggeris, tetapi kredibiliti firm mereka adalah antara yang paling menakutkan di England. Dengan chant rasmi mereka “no one likes us, we don’t care”, nama The Bushwackers sangatlah ditakuti khususnya pada era kegemilangan mereka, 70an dan 80an. Home mereka, The Den adalah antara stadium neraka buat semua firm lain di England khususnya buat seteru terkeras mereka, Inter City Firm. Kedua – dua firm berjiran ini merupakan seteru sejak seawal 1906. Yup, semenjak 1906 dan permusuhan ini terus berdarah setiap kali mereka bertemu. Siapa pernah lupa peperangan terakhir mereka di Upton Park pada pertemuan untuk Piala F.A pada tahun 2009 bukan? 

"antara kejadian penting dalam sejarah bolasepak moden England"

Upton Park 2009

Dalam pertempuran bersejarah yang membabitkan West Ham vs Millwall itu, sebanyak 20 hooligan yang bertempur tercedera dengan salah seorang daripada Buschwackers ditikam dan dikejarkan ke hospital. 50 fans West Ham membuat pitch invasion dan perlawanan hamper dibatalkan sebanyak 3 kali kerana mereka bertempur hampir seluruh perlawanan. Pergaduhan tidak terhenti di situ sahaja, sebaik wisel penamat dibunyikan, polis tidak dapat lagi mengawal peperangan derby London Timur ini. Diluar stadium, aksi tumbuk – menumbuk merata – rata. Walaupun kedua – dua kelab di sabitkan dengan kesalahan oleh F.A England, namun hanya West Ham yang didenda sehingga 115,000 Pound Sterling atas alasan gagal mengawal penonton.





Rata – rata football hooliganisme telah pun hampir pupus dengan kawalan cctv yang semakin ketat dan teknologi polis yang semakin efektif. Akan tetapi peperangan malam itu adalah seperti titik kembalinya ‘England Disease’ ini adalah kerana kecenderungan dan pengaruh dari movie yang mencecah box – office di seluruh dunia, Green Street Hooligans (2005) yang menceritakan perseteruan West Ham – Millwall. 



Kenilworth Road 1985

Kenilworth Road adalah home untuk Luton Town. Kejadian 13 March ini disifatkan antara moment bersejarah untuk sejarah bolasepak England. Ianya sangat memberi kesan kepada Luton Town sehingga mereka tidak membenarkan mana- mana penyokong away datang ke Kenilworth Road selama 4 musim. Pada era kegemilangan The Bushwackers (lewat 70an sehingga sepanjang 80an), amatlah malang sekali jika kelab anda menerima kunjungan Millwall.

"belum lagi menjejak kaki di stadium, segala harta benda yang berhampiran semua di kerjakan cukup - cukup oleh The Bushwackers"

Kegilaan berlaku seawal pukul 5pm lagi (match pukul 7:45pm) dengan cermin kedai dan pubs dipecah dan dirosakkan oleh firm yang datang bertandang, The Bushwackers. Setelah tiba di dalam stadium, mereka terus merosakkan kerusi, scoreboard dan pihak polis tidak dapat berbuat apa – apa kerana jumlah mereka sangatlah ramai. Perlawanan tidak dapat diteruskan sehingga keadaan kembali terkawal, itu pun setelah dipujuk oleh manager mereka ketika itu, George Graham. Perlawan di hentikan seketika beberapa kali kerana pergaduhan terus berlaku di terrace.





Bagaikan skrip untuk filem yang sangat teruk, Millwall kalah 1-0 kepada Luton Town malam itu. The Bushwacker terus menjarah padang dan kegilaan berlaku. Semua pemain di atas padang berlari menyelamatkan diri termasuklah pemain mereka sendiri. Salah seorang daripada The Bushwackers  dapat mencekik manager Luton Town tetapi dalam pergelutan itu, Trevor Hartley dapat menyelamatkan dirinya daripada di ratah oleh hooligans yang sedang dirasuk. Pihak polis terpaksa memanggil bantuan dan keadaan dapat diselamatkan, itu pun setelah berperang ‘peluru kerusi’ (The Bushwackers mencabut kerusi di terrace dan membaling ke arah polis). Sebanyak 31 hooligans ditahan. Lebih mengejutkan, setelah disiasat, terdapat 2 firm lain yg membantu firm Luton Town malam itu. Men In Gear atau lebih popular dengan nama MIGs, sebenarnya dibantu oleh Inter City Firm dan The Headhunters kerana dendam terhadap The Bushwacker sangatlah mendalam.

"kerusi dicabut dan digunakan sebagai senjata"


Firm seterusnya yang akan kami highlight di artikel selepas ini ialah tidak lain dan tidak bukan, the famous Inter City Firm yang darah dan nyawa mereka hanyalah untuk West Ham United FC. 

Tuesday, 21 July 2015

The Leeds United Service Crew Di Ambush!



Leeds United Service Crew yg dikenali antara firm paling liar di England hari ini diserang oleh 'fans' dari kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Eugendorf, Austria.





Kira - kira 100 penyokong Eintracht Frankfurt terus menyerang mereka sejurus wisel penamat. Dalam insiden itu beberapa orang dilaporkan cedera termasuk anggota polis yang mengawal. Lebih 20 orang dari kedua - dua kelab ditahan dalam insiden itu.




Tiada sebarang insiden dilaporkan sejurus bermula perlawanan sehingga wisel penamat. Akan tetapi, pergaduhan terus meletus sebaik sahaja 'fans' Eintracht Franfurkt meluru ke arah Leeds Service Crew yang 'outnumbered'.



Kebanyakan yang tercedera ialah dari pihak Leeds United tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Leeds United sedang dalam rangka latihan di sekitar Austria sepanjang cuti musim panas ini.